Roommate Saya

Roommate. Dah lama aku tak menaip kat blog. Just copy n paste ja dari blog lain. Hari ni aku nak story tentang roommate aku. Sejak aku dapat tawaran sambung degree kat UUM aku dah tukar roommate 3kali. Sekarang aku dah semester 6 dan still roommate yang ke3. Kolej aku ni memang setiap semester akan berlaku pertukaran bilik dan roommate (satu bilik hanya 2 orang sahaja). Tak kiralah student tu rela atau terpaksa, kena juga terimalah kan. So, aku nak story tentang roommate ke3 aku ni. Kali pertama aku kenali dia semasa aku semester 4 (Tahun 2 Semester akhir) kat bilik 6E117 Sime Darby.

Perkenalan:

Pada waktu nak buka semester, aku check-in hostel waktu malam. Al-maklumlah aku duduk dekat ja lagi pun aku baru habis kerja petang tu. So, terpaksa check-in lewat lagi pun gugup gak sebab dapat tau ada pertukaran roommate time aku ambil kunci sehari sebelum check-in. Aku pun tak tanya banyak time ambil kunci, just tanya nama dan no.matrik dia ja. Rupanya dari diploma. So,dia tua setahun dari aku dan dia degree of Finance. wahh.. just gambar dia ja aku tak tgok lagi. hahah. Kiranya junior aku, tapi aku muda setahun dari dia. hehe.

Waktu aku masuk bilik, dia ada dalam tu. Wah, senyum ja lah. Takkan dua-dua nak jerit kot. haha. First aku cakap kat dia "sori lewat. baru habis keja". Pastu suasana diam kembali. Aku pun menyebukkan diri kemas barang. Lama gak tunggu dia bertanya sesuatu. Hehe, bukan apa aku dah tahu semua maklumat dia. Bila buat-buat tanya macam lawak pula. Dan akhirnya, dia tanya juga.. haha..nasib ada gak suara dia.. "nama apa?".. dan waktu tu, mulalah sesi pertukaran maklumat basic ja lah.

Aku panggil dia 'cik far'. Awalnya aku nak panggil 'kak far', tapi dia cakap panggil ja far tak payah kakak sebab beza umur setahun ja. So, panggil far. Bila dengar kawan-kawan dia panggil 'cik far', automatik aku tambah 'cik' kat depan. Itu time mula-mula. Bila dah lama tu, aku tambah 'Rimaw' (sebab dia garang. First tau dia garang time aku kata malas, aku malas study dan terkena ayat sentap dia. pergghhh.. memang sedaplah.. hehe) dan 'Gumuk' (sebab dia selalu tengok badan dia n kata naik sikit. padahai slim ja.Aishh).

Dan sekarang dah 3 semester aku roommate dengan dia. Banyak perkara yang aku simpan selama ni, aku selesa cerita kat dia. Entah, kenapa senang sangat aku berkongsi cerita yang aku simpan kat dia.Roommate aku ni seorang yang baik, tak sombong, pendiam (memang pendiam.. semut lalu pun dgr.. tp bila dia ada mood bercakap, monyet menjerit pun tak dgr..hahha), riang (kadang-kadang la. bila cukup bulan riang sekerat hari ja lah), garang (ermm, kadang-kadang. Time aku malas ada kena sekali. Lepas dengar dia cakap sentap, pergh terus rajin aku study..thanz mate), matang (memang matang. Tu selesa kwn dengan dia), berfikir positif, dan rajin study (time exam ja lah. memang study hard. tapi aku tak ikut pula bab nih).

Sekarang dah tamat semester 6 bagi aku. Dah setahun setengah aku kenali dia. Lama aku nak kata kat roommate aku benda ni. Tapi aku malu. Takut dia gelak dan cakap buang tabiat. Saja aku taip di blog ini, tahu dia tak tahu blog aku ni. So, ada gak la berani story kat sini.

Sebelum menyesal sebelum nafas ini terhenti sebelum mata ini tertutup "Sebenarnya, kita selesa ada roommate macam rimaw. Selesa berkawan dengan rimaw. Thank rimaw sebab sudi dengar perkara-perkara yang lama tersimpan rapi ni. Thank juga sebab selalu bagi semangat pada diri ini. Kerana garang dan kematangan rimaw buat kita jadi seorang yang tabah. Sebenarnya kita kagum dengan rimaw sebab rimaw tabah hadapi semua masalah dengan kuat. Kita nak jadi kuat. Thank roommate, rimaw, gumuk n friend".

ikhlas by yul @ itam


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...