Solat Sunat 2 Rakaat


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dari Rasulullah s.a.w menceritakan sabdanya " Setelah Allah selesai menciptakan Jibril a.s dalam bentuk yang cantik dan bersamanya juga dengan 600 sayap yang panjangnya dari Timur ke Barat, maka bertanyalah Jibril a.s kepada Allah, "Adakah engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik dari aku?" Firman Allah, "Tidak,"Lalu Jibril a.s bangun untuk solat sunat 2 rakaat kerana bersyukur kepada Allah. Setiap rakaat lamanya 20000 tahun.

Bila Jibril selesai solat Allah pun berfirman, " Engkau telah menyembah Aku dengan bersungguh-sungguh dan tiada siapa yang pernah menyembah Aku sepertimu itu, tetapi akan ada seorang Nabi yang mulia akhir zaman nanti namanya 'Muhammad'. Umatnya sering melakukan dosa tetapi jika mereka mengerjakan solat sunat 2 rakaat maka demi keagonganKu solat mereka itu lebih aku sukai dari solatmu. Mereka menunaikan solat atas perintahku" Jibril a.s bertanya lagi, " Apa yang telah Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai balasannya?"Firman Allah, " Aku berikan mereka syurga Ma'wa"
Lalu Jibril meminta izin dari Allah untuk pergi melihat syurga itu. Setelah diizinkan ia pun pergi dengan mengembangkan sayapnya yang besar dan menempuh perjalanan selama 300 tahun. Setelah penat Jibril pun berehat untuk seketika lalu bertanya kepada Allah, " Apakah aku sudah sampai separuh jalan atau sepertiga atau seperempat?" Firman Allah, " Wahai Jibril! Jika engkau terbang selama 3000 tahun lagi pun engkau tidak akan sampai pada 1/10, itulah syurga Ma'wa yang Aku sediakan untuk umat Muhammad yang mengerjakan solat sunat 2 rakaat"


Bersyukurlah Kerana Doa Tidak Dimakbulkan



Banyak orang yang terpuruk dalam kesedihan yang panjang kerana kegagalan, kerana keinginan dan doa-doa tidak termakbul. Bahkan ada yang sehingga bunuh diri kerana kegagalan tersebut dirasakan sebagai kegagalan hidup yang sudah tidak sanggup untuk dihadapi sehingga tergamak terjun dari bangunan yang tinggi, meminum racun, dan mabuk alkohol.

Anda pernah sedih yang luar biasa kerana anda gagal menggapai impian? Anda dan merasa doa-doa Anda tidak dimakbulkan Allah?

Boleh jadi Allah sayang dengan Anda dan Allah mempunyai perancangan lain. Tetapi kita tidak tahu perancangan Tuhan sehingga kita mengetahuinya …

Tuhan mengabulkan doa kita dengan 3 cara:
1. Apabila Tuhan mengatakan YA. Maka kita akan mendapatkan apa yang kita minta.
2. Apabila Tuhan mengatakan TIDAK. Maka mungkin kita akan mendapatkan yang lain yang lebih sesuai untuk kita.
3. Apabila Tuhan mengatakan TUNGGU. Maka mungkin kita akan mendapatkan yang terbaik sesuai dengan kehendakNYA.
.
Firman Allah dalam Al-Quran:
“.. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS 2:216)


dari: akuislam

Satu Cerita Tentang Sembahyang

Semasa zaman pemerintahan Saidina Umar, ada seorang lelaki yang ingin sangat untuk melakukan hubungan seks dengan isteri orang lain.

Setelah didesak, perempuan itu akhirnya bersetuju dan mengenakan syarat “Kamu hendaklah sembahyang 40 waktu berjemaah di belakang Amirul Mukminin Saidina Umar“.


Maka setujulah lelaki tersebut dan dia melakukan sembahyang seperti yang disyaratkan.

Setelah cukup 40 hari, perempuan itu menemui lelaki tersebut dan berkata ”Aku tahu kamu sudah selesai 40 hari sembahyang, kalau begitu marilah kita….“

Lelaki tadi marah dan berkata “nak ke mana, kamu ini sudah gila agaknya“. (lelaki itu sudah benci kepada perkara mungkar)

Perempuan tadi menemui Saidina Umar dan menceritakan perkara tersebut, maka kata Saidina Umar seperti dalam ayat di atas:

Al-Ankabut [45] iaitu "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar."





dari: link Remaja Cinta Dakwah

Adakah Dia Masih Isteriku di Akhirat Kelak?


Pernahkah anda mendengar soalan ini… 
Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?
Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”.

Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.

Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

dari: akuislam

Rahsia Solat

1 - ♥ Niat Sembahyang ♥ : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - ♥ Berdiri Betul ♥ : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.


3 - ♥ Takbir-ratul Ihram ♥ : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.



4 - ♥ Fatihah ♥ : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.



5 - ♥ Ruqu' ♥ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.



6 - ♥ I'tidal ♥ : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.



7 - ♥ Sujud ♥ : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.



8 - ♥ Duduk antara 2 Sujud ♥ : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur



9 - ♥ Duduk antara 2 Sujud (akhir) ♥ : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.



10 - ♥ Tahhiyat Akhir ♥ : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.



11 - ♥ Selawat Nabi ♥ : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.



12 - ♥ Salam ♥ : Memelihara kita di dalam kubur.



13 - ♥ Tertib ♥ : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T



Cintaku dan Allah

Jika kau MENCINTAI aku MAKA ketahuilah aku akan MATI dan menghampakan mu,

Jika kau MENYAYANGI aku MAKA ketahuilah aku akan MATI dan meninggalkan mu,

Jika kau MENGINGATI aku MAKA ketahuilah aku akan MATI dan melupakan mu,

TAPI…


Jika kau MENCINTAI ALLAH MAKA ketahuilah ALLAH itu KEKAL dan akan membalas cintamu,

Jika kau MENYAYANGI ALLAH MAKA ketahuilah ALLAH itu KEKAL dan akan mengasihanimu,

Jika kau MENGINGATI ALLAH MAKA ketahuilah ALLAH itu KEKAL dan akan mengingatimu,

♥ MATI ITU PASTI DAN MESTI HIDUP INSYAALLAH KEKAL SELAMA-LAMA DIAKHIRAT DSISI SYURGA ALLAH SWT…..LOVE ALLAH





link: Remaja Cinta Dakwah



Ketika Allah Menciptakan Wanita

~Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"


~Tuhan menjawab, 
"Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"
-Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
-Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
-Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
-Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

~Malaikat menjawab, 
"Hanya dengan dua tangan ini?"
"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

~Malaikat berkata,"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

*Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
*Mampu tertawa saat hatinya menangis...
*Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
*Dia boleh melawan ketidakadilan...
*Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
*Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
*Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"
Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"
Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

link: Remaja Cinta Dakwah..

Tanda Kebahagiaan

Kata al-hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):

“Apabila diberi nikmat dia bersyukur, apabila diuji dia sabar, dan apabila berdosa dia beristighfar (bertaubat). Tiga perkara ini merupakan tanda-tanda kebahagiaan seseorang hamba serta tanda kejayaan di dunia dan akhirat. Dan hamba tersebut tidak berpisah darinya buat selamanya.” (al-Waabil ash-Shayyib, m/s. 5)

Kemudian, sesiapa yang mampu merasa manisnya iman, nescaya ia akan merasa nikmatnya kebahagiaan, lapangnya hidup, tenteramnya hati, dan tenangnya tubuh badan. Kata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, ia akan merasa manisnya iman. Iaitu Allah dan Rasul-Nya menjadi yang paling dicintainya dari selain keduanya, mencintai seseorang kerana Allah semata-mata, dan benci jika dikembalikan kepada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 16)

Apabila keimanan dan ketaqwaan berada di dalam hati, nescaya hidup akan merasa bahagia. Biarpun ujian dan gelora datang melanda, hatinya tetap teguh bersimpuh harap hanya kepada Allah Ta’ala. Sehingga setiap apa jua ketentuan dan qadar yang dihadapkan Allah kepadanya, susah mahupun senang, dia akan menyikapinya dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Inilah kesan dari iman yang tertancap kukuh dalam hati. Kesenangan bukan medan untuk dia berbuat sesuka hatinya, manakala kesusahan pula bukan masa untuk berputus-asa dan berlepas diri dari rahmat Tuhannya.

# SubhanaAllah.. kemanisan iman. memberi ketenangan dan kebahagiaan :')

Pedih

Siapa kita untuk menghakimi orang lain?? Kita hanya insan biasa, hamba pada yang Agung Pencipta, Allah. Mungkin dahulu dia pernah berbuat jahat, perangai yang tidak disukai orang lain, tetapi jangan menghakiminya. Sekiranya dia sudah betul-betul berubah, kita yang berdosa dengan setiap tohmahan yang diberikan.

Jangan kita sesama berdendam kerana ia api kesukaan syaitan yang mahu kehancuran anak cucu Adam. Berdiam adalah jalan terbaik, sekiranya perlu luahkan ketidakpuasan hati, carilah teman yang boleh dipercayai dan boleh memberi nasihat. Tetapi banyakkan mengadu kepada-Nya yang Esa. Rahsia bersama manusia akan dikhianati suatu hari nanti, tetapi rahsia bersama Allah tidak akan dikhianati tetapi mendapat ketenangan yang tidak terungkap, kerana Allah amat menyukai hambanya memohon padaNya. Allah mengetahui setiap isi hati kita kerana-Nya ialah Pencipta.

Air Tangan Orang Tidak Solat


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?


Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..
Wa'allahualam

Kelebihan Solat Fardhu

Suatu hari Nabi Muhammad S.A.W didatangi serombongan orang-orang yahudi yang bertanyakan tentang sembahyang lima waktu yang diwajibkan ke atas umatnya..

Jawab Nabi S.A.W:

1. Solat Zohor, maka pada saat itu nyalanya neraka Jahannam, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang itu melainkan diharamkan atasnya api Jahannam pada hari kiamat.

2. Solat Asar, maka pada saat itu Nabi Adam a.s memakan buah khuldi, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang ini melainkan keluar dari dosanya bagaikan bayi baru lahir dari perut ibunya.

3. Solat Maghrib, maka pada saat itu diterima taubat Nabi Adam a.s, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakannya dengan ikhlas kemudian minta apa-apa kepada Allah melainkan pasti diber-Nya.

4. Solat Isyak, maka kubur itu gelap dan hari kiamat juga gelap, maka tiada seorang mukmin yang berjalan dalam gelap malam untuk sembahyang Isyak berjemaah melainkan diharamkan oleh Allah dari terkena nyalanya api, dan diberi cahaya untuk menyeberang di atas titian sirat.

5. Solat Subuh, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakannya empat puluh hari dalam jemaah melainkan diberi Allah dua kebebasan, kebebasan dari neraka dan kebebasan dari munafiq(muslim yang menyembunyikan kekufuran).

KETERANGAN:

Saudaraku sekalian.. Sesungguhnya ganjaran akhirat adalah sesuatu yang ghaib, perkara yang kita tak nampak seringkali buatkan kita lupa tentangnya. Maka di sini, sama-samalah kita saling ingat-mengingati, saya ingatkan diri saudara, saudara ingatkan diri saya. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk menunaikan kelima-lima solat fardhu ini sepanjang hayat kita. InsyaAllah...


http://syokislam.blogspot.com

Mengharap Kasih dalam RedhaNya


Sufia memandang langit, hatinya begitu tenang. Terasa segala beban di hati hilang seketika. Sufia Adawiyah, gadis yang sentiasa mengukirkan senyuman. Dia juga seorang sahabat yang memahami. Baginya masalahnya harus terkunci rapi dan dikongsi bila perlu. Kerana itulah sahabat-sahabatnya sentiasa mentafsirkannya selalu bahagia. Namun, hanya Allah yang tahu setiap liku kehidupan yang harus dia tempuhi.
Gadis remaja sepertinya, pasti pernah mengenal erti jatuh hati, itulah fitrah yang diciptakan Allah buat hambaNya. Namun sebagai seorang muslimah, dia tidak pernah menterjemahkan rasa hatinya agar menjadi realiti. Dia lebih memilih untuk diam dan pada akhirnya kesakitan menjadi miliknya. Bagaimanapun, Sufia masih mampu mengukirkan senyuman. Dia tidak pernah menyalahkan takdir, mahupun sang Adam itu. Baginya jodoh itu ditentukan olehNya.
Sejak menjejakkan kaki ke universiti, Sufia pernah jatuh suka pada seorang Hamba Allah itu. Sifat matang lelaki itu berjaya menambat hati kecilnya. Namun Sufia sedar batas sebagai sebagai seorang muslimah. Dia hanya mampu berdoa, sentiasa bersujud memohon petunjuk.
Zairil Mikail, itulah nama pemuda yang berjaya membuka ruang di hatinya. Zairil ialah Yang DiPertua (YDP) salah satu persatuan yang turut disertai Sufia iaitu Persatuan Daie Muda. Zairil juga ialah seorang senior dalam jurusan yang diambilnya. Sufia tertarik dengan cara Zairil menyampaikan hujah-hujahnya, begitu matang sekali. Sufia dan Zairil pernah berhubung, tapi hanya apabila melibatkan soal persatuan. Zairil sentiasa menghormatinya. Dia begitu berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya. Zairil benar-benar menjaga ikhtilat antara mereka.
Semakin hari, Sufia semakin menguburkan perasaanya, dia takut jika dia terlalu mengikut perasaannya itu, dia membuka pintu untuk syaitan melalaikannya. Hati dan iman yang rapuh mudah gugur. Biarlah dia mengagumi Zairil hanya dalam diam. Dia tidak menceritakan hal ini pada sesiapa kerana takut timbulnya fitnah. Ya, fitnah yang akan merosakkan jalinan ukhuwah.
Tambahan pula, dia pernah melihat Zairil bersama seorang wanita yang cantik sepadan dengannya. Pada mulanya hatinya sakit, namun Sufia menemui penawarnya. Kerana hal itu, dia semakin bersemangat untuk bermujahadah, memburu cinta Ilahi kerana dia percaya cinta insani akan menyusul selepas itu.

Dia mendapat ibarah daripada peristiwa itu. Dia sedar, dia perlu gantungkan pengharapannya pada Yang Esa. Dan kerana perasaan fitrah itu juga dia semakin mendekati Ilahi. Allah berikan Sufia ujian untuk tarik dia kembali kepadaNya. Dia juga mengambil ikhtibar daripada kisah cinta agung Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah SAW:
"Saidatina Fatimah dan Saidina Ali merupakan teman akrab sejak kecil. Mana mungkin tidak timbul bibit cinta di antara mereka. Mereka telah mengenali hati budi masing-masing sejak kecil, mana mungkin hati tidak terpaut.
Akan tetapi Saidina Ali sedar dirinya miskin tidak berharta. Apakah Rasulullah SAW akan memandangnya jika beliau menyatakan hasrat ingin memperisterikan gadis solehah Rasulullah SAW? Perasaan cinta dan malu sering bertembung dalam dirinya.
Saban hari beliau melihat orang-orang kenamaan seperti Saidina Abu Bakar Assidiq RA dan Saidina Umar Alkhattab datang melamar sang puteri solehah. Namun, kedua-duanya ditolak dengan baik oleh Nabi Muhammad SAW. Saidina Ali menjadi semakin bingung. Menantu yang bagaimanakah yang diinginkan Rasulullah SAW?
Saudara-saudara Saidina Ali daripada kalangan Ansar menyarankan agar mengapa tidak beliau sahaja yang memberanikan diri menyunting kuntuman mawar indah dan harum itu. Kata Saidina Ali kepada yang berkata itu, "Aku hanyalah pemuda miskin yang tidak berharta. Apakah aku dipandang oleh Raslulullah SAW?" "Jangan risau saudaraku, kami di belakang kamu," kata mereka.
Berbekalkan semangat dan keberanian, beliau menuju ke rumah Nabi Muhammad SAW dengan harapan mawar mewangi itu dapat beliau miliki. Setelah menyatakan hasratnya, ternyata cinta beliau berbalas dan Saidina Ali tidak bertepuk sebelah tangan. Rasulullah SAW menerima lamaran Saidina Ali. Subhanallah."
Sudah masuk tahun ketiga. Ini bermakna ini Sufia punya dua semester lagi sebelum menamatkan pelajaran. Demi segulung Ijazah. Ya, dia perlu berjuang lebih, dia mahu pengorbanan ibu dan abahnya tidak sia-sia. Meski sibuk dengan kegiatan persatuan, Sufia tidak pernah mengabaikan pelajaran. Dia bijak membahagikan masa. Tentang rasa suka dia pada Zairil, tak mampu dia memadamkannya sepenuhnya. Namun, Sufia bijak menguruskan perasaannya.
Tetapi kejadiaan dua hari lepas benar-benar mengejutkannya. Dia didatangi sahabatnya dari persatuan yang sama, Qaireen.
"Sufia, boleh tanya sesuatu?" tanya Qaireen, salah seorang sahabat baiknya yang juga ahli Persatuan Daie Muda.
"Sejak bila pula kena minta kebenaran nak tanya ni?" kata Sufia sambil mengukirkan senyuman.
"Kita dah lama berkawan tapi awak tak pernah membahaskan soal hati. Saya lihat awak begitu matang dalam menghandle masalah kawan-kawan kita. Awak tak teringin ke punya teman?"
Sufia senyum.
"Saya mencari suami yang akan membimbing saya ke syurga, dan mungkin belum waktunya lagi saya bertemu dengannya," balas Sufia ringkas.
"Abang Syakir suruh saya bertanyakan hal ini kepada awak kerana ada seseorang yang berniat menjadikan awak suri dihatinya," tutur Qaireen.
Sufia terkesima.
Berita itu benar-benar memeranjatkan Sufia. Insan yang dimaksudkan Qaireen ialah Zairil. Rupa-rupanya tanpa dia sedari, Qaireen menyedari yang Sufia punya hati pada Zairil. Ya, memang dia punya perasaan terhadap Zairil. Namun, perasaan itu dia kuburkan demi menjaga hati supaya tidak menjadi rapuh.
Dia tidak pernah menyangka bahawa dia menjadi perhatian Zairil selama ini. Tambahan pula, Zairil yang begitu terkenal dengan sifat tegasnya sebagai YDP kelab, tidak pernah sama sekali membahaskan soal cinta dengannya.

Qaireen mengetahui tentang Zairil daripada abangnya, Syakir. Abangnya telah menceritakan segalanya pada Qaireen. Zairil pernah menceritakan pada Syakir bahawa sejak Sufia join persatuannya hatinya terus terpaut pada kelembutan dan kesopanan Sufia. Namun, dia tidak berani menerjah hati wanita itu.
Oleh kerana itu, Qaireen dan abangnya cuba melakukan sesuatu agar cinta suci antara Sufia dan Zairil bersatu tanpa mencemarkan jalinan ukhuwah antara mereka.
Sufia hanya mampu tersenyum, dia sendiri tidak mampu memutuskan sebarang jawapan. Dia tidak mahu membelakangkan orang tuanya, dia juga tidak mahu menyakitkan hati Zairil. Dia percaya Zairil tentu faham mengapa dia tidak mampu memberi sebarang kata putus sekarang.
Malam itu Sufia beristikharah memohon petunjuk daripada yang Maha Esa. Ya, inilah jalan yang paling tepat iaitu untuk mengadu padaNya. Allah mengetahui segala yang terbaik buatnya. Selama ini memang dia tak pernah jemu beristikharah memohon agar dikuatkan hati, diberikan jalan keluar pada setiap rentetan hidupnya. Sufia sentiasa berpegang bahawa istikharah itu bukan sekadar untuk soal jodoh tapi merangkumi segala aspek kehidupan.
Sejak perkhabaran itu sampai kepadanya, dia cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku kerana dia perlu profesional dalam melaksanakan tugasnya. Zairil juga berperlakuan seperti tiada apa yang berlaku. Sufia akan pulang ke rumahnya esok, dan dia tidak mahu Zairil ternanti-nanti jawapan daripadanya. Selain beristikharah, dia harus bermusyawarah dengan kedua orang tuanya.
Sufia menerima satu lagi kejutan apabila tiba di rumahnya. Kata kedua orang tua Sufia, petang kelmarin satu rombongan datang merisiknya. Sufia terkesima. Dia berbisik dihati, Ya Allah apakah yang KAU rencanakan untukku?
"Sufia, ini gambarnya.." kata ibunya sambil menghulurkan gambar kepada Sufia.
Sufia mengambil gambar daripada tangan ibunya dengan lambat. Alangkah terkejutnya dia, insan pada gambar itu ialah Zairil. Tika itu dia benar-benar merasakan Zairil ikhlas dengannya. Teringat kata-katanya ketika menyampaikan satu ucapan dalam salah satu majlis yang dianjurkan oleh persatuan. "Jika mahukan anaknya jumpalah walinya, usha walinya dahulu," katanya dalam nada berseloroh.
Zairil benar-benar mengotakan kata-katanya, hatinya ketika itu menyatakan Zairillah mujahid yang dia tunggu selama ini. Air matanya berguguran. Ya Allah, kau hadirkannya melalui pelbagai cara! Terima kasih ,Ya Allah.

02/02/2012 ialah tarikh yang menyatukan Sufia Adawiyah dan Zairil Mikail.
Tika detik diijab kabulkan, hanya tuhan yang tahu gelora di hati Sufia, apatah lagi Zairil. Satu lagi masjid terbina atas dasar kasih, dan akhirnya termeterai menjadi satu ikatan yang sah. Menangislah syaitan laknatullah! Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Sufia sah menjadi pelengkap rusuk kiri Zairil Mikail.
"Aku terima nikahnya Sufia Adawiyah Bt Adam dengan mas kahwinnya RM22.50," lancar saja lafaz akad meluncur dari bibir Zairil.
Zairil sedar, besar tanggungjawab menantinya nanti. Bukan sekadar akad semata-mata. Dia sedar dia perlu menanggung dosa isterinya, dia perlu berusaha menjadi imam terbaik buat isteri dan bakal zuriat mereka.
"Sayang, abang minta maaf kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengambil sayang menjadi yang halal buat abang.."
Zairil diam seketika.
"Abang tak perlu minta maaf, inilah yang dikatakan takdir Ilahi," tutur Sufia lembut.
"Abang sebenarnya sukakan sayang sejak sayang join persatuan kita tu. Namun, melihat sayang benar-benar menjaga batasan, abang takut, abang pendam, abang berjanji pada diri untuk sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi imam terbaik buat sayang.. Abang tak takut jika sayang menjadi milik yang lain ketika itu kerana abang percaya jodoh Allah dah tetapkan."
Sufia diam. Dia tidak mampu berbicara lagi. Kuasa Ilahi, meski mereka berdua tidak pernah membahaskan soal cinta secara terangan, namun mereka berbicara melalui doa, saling mendoakan.
Air mata bahagia Sufia berguguran. Zairil mendekati isterinya itu, menyapu air matanya. Dia bahagia kini.
Benarlah jika kita menjaga perhubungan kita, menjaga pergaulan kita, Allah akan menjaga dia buat kita.
Sekali lagi kisah cinta agung Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah menerjah ke benak fikirannya. Dia tersenyum, mungkin dia tidak sehebat Fatimah, namun dia akan cuba mejalankan tugasnya setulusnya buat suami tercinta, Zairil Mikail.
Terima kasih, Ya Allah. Terima kasih ibu, abah. Terima kasih Qaireen, sahabatku, dan Abang Syakir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...