Contengan Jalanan

Contengan Jalanan.. penulis Hlovate pengarang kegemaran aku.
Contengan Jalanan hanya nama judul novel yang aku baru habis membaca 2 hari yang lepas. sudah 2 hari baru rasa nak update.. kira ok lah daripada 2 minggu baru nak update. Kenapa aku nak update novel ni n bukan novel yang lain. Satu saja ,novel ni bersahaja n jalan penceritaannya memang memberi kita berfikir tentang kehidupan kita sekarang. 

                "The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th".

Hah, itu salah satu persoalan yang terdapat dalam novel tu.. Demi mengetahui jawapan daripada persoalan tersebut, aku membaca n terus membaca. Akhirnya, jawapan terungkai. Nak tahu kenalah baca, sebab banyak yang kita akan dapat hanya dengan persoalan itu sahaja. Macam mana pun, kita perlu bersedia untuk melakukan yang terbaik setiap apa yang kita lakukan. Apa yang penting, jangan tangguh sesuatu yang baik untuk jangka masa yang panjang.


"Perasaan apabila terjaga daripada mimpi, tu namanya realiti". n realitinya, kita perlu harungi walaupun sesukar manapun perjalanan kita. Setiap jalanan yang kita tuju terdapat contengan yang ingin kita ceritakan... :)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...