&##&##&&



# Kau sentiasa ilhamku. Semoga kamu aman dan tenang di sana. Ku sentiasa mendoakan kamu dari jauh.


Mencintai Seseorang Yang Tidak Sempurna Dengan Cara Yang Sempurna


Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan mu tertarik, 
Itu bukan pilihan
itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,
Itupun adalah kesempatan .

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan .

Adalah pilihan yang harus kita lakukan.
Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu 
Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang sebagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa,
Ada satu petikan dari filem yang Mungkin sangat tepat :
“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita 
  bagaimana membuat semuanya berhasil”
Pasangan jiwa boleh benar-benar ada.
Dan  sangat mungkin ada seseorang
Yang diciptakan hanya untukmu.

Tetapi tetap berpulang padamu
Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak,

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,
Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya,                kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama                  nescaya kamu akan bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Di Hari Kelahiran

Ya Allah 
kala bonda bertarung utk memilih antara nyawaku atau nyawanya
Engkau Yang Maha Pengasih menyelamatkan kami berdua
syukur pada Mu hingga kini kami masih bersama

Tuhan..
sudah jauh rasanya berkelana
suku abad sudah hidupku di bumi fana
lelah juga mujahadah yang dimula
namun tidak akan ku putus asa

terlalu banyak dosa yang ditempa
terlalu sedikit taubat yang kupinta
banyak sekali janji yang dikata
namun banyak juga ku mungkir dusta

sampai bila perjalanan ku ini
hanya Engkau Yang Maha Mengetahui
terlalu banyak ingin kupinta
terlalu banyak ingin kuadu

namun sebenar-benarnya aku tahu
Engkau tahu walau tanpa ku adu
Engkau tahu walau tidak diberitahu
siapalah aku tanpa Mu
Tuhan 
selalu ku mohon pada Mu
berikan ku redha atas setiap yg berlaku
tidak ingin disegera apa yang Kau tunda
tidak ingin ditunda apa yang Kau segera
biarkan aku sentiasa begitu
agar aku tidak selalu pertikaikan takdir Mu
biar aku bersyukur selalu
walau adakala apa yang Kau beri aku tidak mahu
sesungguhnya Engkau beri apa yang aku perlu
bantu aku dalam kembara ini
hingga akhirnya aku sampai ke destinasi suci
menemui Mu Tuhan yang Maha Tinggi

melodi jiwa
dipagi ulangtahun diri

Kita Gred Mana?

Kita gred mana?

Gred E
Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.

Gred D
Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.

Gred C
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.

Gred B
Bila azan, terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau.

Gred A
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.

Apakah gred solat kita?
Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat kita macam mana? Ingatlah.! solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti.


info: https://www.facebook.com/akuislamblog

Winter Wind di Perlis

Kali ni info tentang Winter Wind. Sumber daripada massage watsup, wechat dan seangkatan teknologi gajet yang bergerak pantas untuk mengetahui info.
 
Apa itu Winter Wind?? kenapa cuma di Perlis?? Sebenarnya winter wind ialah angin tropika monsun timur laut yang bertiup di Perlis pada Disember hingga Mac setiap tahun. Kesemua kawasan di Malaysia adalah beriklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembab sepanjang tahun..cuma Perlis satu- satunya negeri yang beriklim monsun tropika dimana terdapat musim panas , musim luruh, musim sejuk. Perlis berada diluar kawasan beriklim Khatulistiwa. Perlis adalah negeri paling utara di Semenanjung yang terletak paling hampir dengan Garisan Jadi (garis lintang yang menandakan kedudukan matahari tegak yang paling jauh ke selatan) dan kerana itu ia menerima tempias winter wind yang tak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia..

Winter wind ini cuma berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun ketika hemisfera selatan bumi paling condong ke arah matahari. Biasanya bacaan suhu ketika winter wind ini ialah sekitar 20℃-22℃ pada waktu tengah malam dan awal pagi, tapi bila tengahari ia akan mencatatkan bacaan suhu yang sangat tinggi iaitu melebihi 33 darjah celcius. Awan pada masa ini amat kurang. Cuaca paling sejuk ialah pada bulan Februari iaitu boleh mencecah 19℃ di mana langit sentiasa membiru, ketika malam cahaya bintang begitu terang menaburi angkasa raya, di tambah bayu lembut tak henti-henti membelai mesra, ia sesuatu yang sangat indah ketika berada di Perlis di musim winter wind ini. 

Ketika di kemuncak winter wind ini, iaitu di bulan Februari, pokok-pokok kelihatan botak gondol, seperti musim luruh di Eropah..waauu... Kata orang Perlis masa 20-30 tahun dulu lagi sejuk dari sekarang hinggakan minyak masak pun akan beku di waktu pagi! Kerana cuaca di Perlis begitulah menyebabkan mempelam harumanis dan anggur cuma subur di negeri ini, kerana agaknya mempelam harumanis cuma suka hidup di negeri berhawa dingin. Begitu juga anggur agak menjadi di Perlis, sedang di negeri lain boleh tanam anggur yang hidup cuma pokok tapi buahnya tak begitu menjadi. 

Bertuahlah kita yang berada di negeri Perlis yang mungkin tidak sehebat Kuala Lumpur dan kota-kota metropolitan yang lain, Perlis cuma kota kecil tetapi penuh keistimewaan yang tiada di negeri-negeri lain. #cek bangga jd anak peqelih hehe#

Wanita

Kepada yang bernama isteri, kalian bergelar SOLEHAH,
Jika cintamu kepada suami berpada-pada,
Agar jika terpisahnya kalian, tidak 'membunuh' kewarasan minda,
Mencedera teruk perasaan dan emosi,
Hingga menjejaskan ibadah dan taqwamu dan cinta suami,
Kerana perpisahan itu pasti, walau sementara mungkin,

Salah seorang dari kalian mungkin lebih dahulu menemui ilahi, lalu terpisah..

Hatta jika kalian menemui ilahi bersama, ruhmu akan bergerak berasingan..terpisah,

Jika ditakdirkan kalian ke syurga..
Tidak diketahui berapa tempoh sebelum pertemuan di syurga itu, terpisah,
Kerana masing-masing pasti ada urusan perlu diselesaikan,
Bagaimana pula jika salah seorang masih belum di Syurga..?
Nauzubillah...

Justeru, wahai isteri..cintailah suamimu selepas Allah & RasulNya,
Pastinya Allah denganmu tiada terpisah,
Dengan itu, perpisahan dengan suami mampu ditanggung,
Rindu mampu ditangani,
Ujian dan cabaran cinta, emosi & perasaan, merapatkanmu kepada Allah
Bukan menjauhkan...lalu jadilah kalian ISTERI SOLEHAH.
Yang cintai suami dan dicintai, dari jenis CINTA AKHIRAT bukan cinta DUNIA.
Ingatan sama juga untuk suami, juga terhadap anak-anakmu. CINTALAH berpada-pada.
info: https://www.facebook.com/pages/Ustaz-Dr-Zaharuddin-Abd-Rahman/264020270304330?ref=stream

Jika Perpisahan itu ...

Jika perpisahan itu adalah suatu permulaan yang baik, suatu titik mula yang ajaib untuk sebuah kehidupan lain, maka redhailah.

Jika perpisahan itu merupakan satu solusi agar Allah kembali redha pada kehidupan kita, maka biarkanlah.

Jika perpisahan itulah yang paling kita takuti dan geruni, maka sebenarnya kita silap. Seakan-akan kita tidak mahu memulakan sebuah kehidupan baru yang mana lebih baik..

- Mohd Ibrahim via akuislam inbox

Cintaku Tertinggal Di Korea

CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA - Ania Malna

Saat kau lafazkan cinta, dirimu sudah terpahat dalam hati namun cintaku kepada Ilahi lebih agung daripada cintaku buatmu.

“Kenapa? Awak malu jalan dengan saya yang comot?” - SON MIN HYUK

“Bukan macam tu, lah. Saya tak pernah kisah pun awak tu macam mana, comot ke apa ke, saya terima aje.” - AIMIN HAZWANI

Opsss… Adakah itu bermakna Aimin telah menyerahkan hatinya kepada Son Min Hyuk, si mamat Korea mata sepet itu? Pertemuan yang tidak disengajakan itu, akhirnya membenihkan rasa yang indah berbunga-bunga pink. Bak kata orang, dalam hati ada taman.

Namun, Aimin terpaksa akur kerana perbezaan agama dan haluan hidup, mereka tetap tidak boleh bersama. Antara dia dan Son Min Hyuk bagaikan pipit dan geroda. Tambahan pula jodoh Min Hyuk setia menanti.

“Saya minta maaf. Kita tidak sehaluan. Cinta saya pada awak terlalu lemah jika dibandingkan dengan kasih sayang dan cinta saya pada Allah, Nabi Muhammad dan juga ibu dan ayah saya. Hubungan kita dah berakhir dan tak mungkin akan bersatu kembali. - AIMIN HAZWANI

“Tapi… saya sebenarnya dah…” - SON MIN HYUK

“Cukup, Min Hyuk. Kita memang tak boleh bersama. Sampai bila-bila pun.” - AIMIN HAZWANI

Kesengsaraan hidup Aimin makin parah apabila muncul Fariz yang membawa dendam kesumat akhirnya menyebabkan Aimin cedera parah dan koma.

Kehadiran Adam Yusuf yang setia menemani Aimin pada saat dia berperang dengan nyawanya mengubah segala-galanya. Adam Yusuf persis seseorang yang pernah membuatkan hatinya berbunga-bunga.

“Ayah harap adik dapat terima Adam Yusuf.” – AYAH AIMIN.

“Anggaplah Son Min Hyuk dah tiada dan pergi daripada hidup awak.” – ADAM YUSUF

Siapakah Adam Yusuf?



p/s: Best kalau betul dapat mamat mata sepet mcm nih. Tak tgok citer korea dah. Tgok dia ja. hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...