Awak dan Awak


Kisah Hati..lagu yang memang menjadi sebahagian daripada aku ketika dahulu. Lirik lagu ini banyak kena padaku. Sehinggakan aku juga berharap begitu pengakhirannya nanti. Tetapi, Alhamdulillah.. Sekarang Allah telah mengubah pemikiran aku untuk mencipta pengakhiran sebelum ini dengan pengakhiran yang mengembirakan. Kehadiran insan ini pada tika ini amat aku syukuri dan menbuatkan dengan terbaik.. 

Kau Ilhamku lagu Manbai telah melakar sejarah aku bersama seorang insan yang telah lama pergi bertemu Illahi pada ketika dahulu. Sudah lama lagu ini terkubur dan akhirnya muncul semula tetapi dengan insan lain iaitu insan yang aku bertemu kini. Pada awalnya, aku bertanya dia 'kenapa lagu ini?'.. Bukan apa, waktu tu aku teringatkan dia yang sudah pergi. Tetiba otak berfikir dia. Saat itu, jantung ini berhenti, otak tidak berfungsi menunggu jawapannya. Saat menunggu mesej masuk aku sejuk sekejap.

Selepas membaca mesej masuk, apa yang dia taip,,, 'Kau' itu awak dan 'Ilhamku' itu ilham saya dan 'Awak Ilham Saya'.. Saat membaca mesej itu, aku tersenyum sahaja.. Waktu itu, aku bahagia bercampur debar dan yang paling sukar buatku nanti adalah memainkan lagu ini untuk dia nanti. Tangan ini mengigil untuk memainkan lagu ini semula yang sudah lama aku tinggalkan dulu.

Insya Allah akan aku mainkan lagu ini untuknya.. Hanya diminta untuk memberi masa untuk tangan ini pulih daripada mengigil untuk mainkan.. Tangan ini terlalu keras untuk memainkan sejak sekian lama tali gitar diabaikan. Macam mana pun, aku bersyukur Allah hadiahkan insan ini buat aku tika ini dan aku akan menghargainya.. 

Beribu bintang dilangit 
Kini menghilang 
Meraba aku dalam kelam 
Rembulan mengambang 
Kini makin suram 
Pudar ilhamku tanpa arah 

Sedetik wajahmu muncul 
Dalam diam 
Ada kerdipan ada sinar 
Itukah bintang ataupun rembulan 
Terima kasih kuucapkan 


Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu 
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu 
Maafkanlah oh... 
Andai lagu ini 
Mengganggu ruangan hidupmu 
Kau senyumlah oh... 
Sekadar memori 
Kita di arena ini 
Kau ilhamku 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...