Tanda Kebahagiaan

Kata al-hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):

“Apabila diberi nikmat dia bersyukur, apabila diuji dia sabar, dan apabila berdosa dia beristighfar (bertaubat). Tiga perkara ini merupakan tanda-tanda kebahagiaan seseorang hamba serta tanda kejayaan di dunia dan akhirat. Dan hamba tersebut tidak berpisah darinya buat selamanya.” (al-Waabil ash-Shayyib, m/s. 5)

Kemudian, sesiapa yang mampu merasa manisnya iman, nescaya ia akan merasa nikmatnya kebahagiaan, lapangnya hidup, tenteramnya hati, dan tenangnya tubuh badan. Kata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, ia akan merasa manisnya iman. Iaitu Allah dan Rasul-Nya menjadi yang paling dicintainya dari selain keduanya, mencintai seseorang kerana Allah semata-mata, dan benci jika dikembalikan kepada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 16)

Apabila keimanan dan ketaqwaan berada di dalam hati, nescaya hidup akan merasa bahagia. Biarpun ujian dan gelora datang melanda, hatinya tetap teguh bersimpuh harap hanya kepada Allah Ta’ala. Sehingga setiap apa jua ketentuan dan qadar yang dihadapkan Allah kepadanya, susah mahupun senang, dia akan menyikapinya dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Inilah kesan dari iman yang tertancap kukuh dalam hati. Kesenangan bukan medan untuk dia berbuat sesuka hatinya, manakala kesusahan pula bukan masa untuk berputus-asa dan berlepas diri dari rahmat Tuhannya.

# SubhanaAllah.. kemanisan iman. memberi ketenangan dan kebahagiaan :')

Pedih

Siapa kita untuk menghakimi orang lain?? Kita hanya insan biasa, hamba pada yang Agung Pencipta, Allah. Mungkin dahulu dia pernah berbuat jahat, perangai yang tidak disukai orang lain, tetapi jangan menghakiminya. Sekiranya dia sudah betul-betul berubah, kita yang berdosa dengan setiap tohmahan yang diberikan.

Jangan kita sesama berdendam kerana ia api kesukaan syaitan yang mahu kehancuran anak cucu Adam. Berdiam adalah jalan terbaik, sekiranya perlu luahkan ketidakpuasan hati, carilah teman yang boleh dipercayai dan boleh memberi nasihat. Tetapi banyakkan mengadu kepada-Nya yang Esa. Rahsia bersama manusia akan dikhianati suatu hari nanti, tetapi rahsia bersama Allah tidak akan dikhianati tetapi mendapat ketenangan yang tidak terungkap, kerana Allah amat menyukai hambanya memohon padaNya. Allah mengetahui setiap isi hati kita kerana-Nya ialah Pencipta.

Air Tangan Orang Tidak Solat


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?


Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..
Wa'allahualam

Kelebihan Solat Fardhu

Suatu hari Nabi Muhammad S.A.W didatangi serombongan orang-orang yahudi yang bertanyakan tentang sembahyang lima waktu yang diwajibkan ke atas umatnya..

Jawab Nabi S.A.W:

1. Solat Zohor, maka pada saat itu nyalanya neraka Jahannam, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang itu melainkan diharamkan atasnya api Jahannam pada hari kiamat.

2. Solat Asar, maka pada saat itu Nabi Adam a.s memakan buah khuldi, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang ini melainkan keluar dari dosanya bagaikan bayi baru lahir dari perut ibunya.

3. Solat Maghrib, maka pada saat itu diterima taubat Nabi Adam a.s, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakannya dengan ikhlas kemudian minta apa-apa kepada Allah melainkan pasti diber-Nya.

4. Solat Isyak, maka kubur itu gelap dan hari kiamat juga gelap, maka tiada seorang mukmin yang berjalan dalam gelap malam untuk sembahyang Isyak berjemaah melainkan diharamkan oleh Allah dari terkena nyalanya api, dan diberi cahaya untuk menyeberang di atas titian sirat.

5. Solat Subuh, maka tiada seorang mukmin yang mengerjakannya empat puluh hari dalam jemaah melainkan diberi Allah dua kebebasan, kebebasan dari neraka dan kebebasan dari munafiq(muslim yang menyembunyikan kekufuran).

KETERANGAN:

Saudaraku sekalian.. Sesungguhnya ganjaran akhirat adalah sesuatu yang ghaib, perkara yang kita tak nampak seringkali buatkan kita lupa tentangnya. Maka di sini, sama-samalah kita saling ingat-mengingati, saya ingatkan diri saudara, saudara ingatkan diri saya. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk menunaikan kelima-lima solat fardhu ini sepanjang hayat kita. InsyaAllah...


http://syokislam.blogspot.com

Mengharap Kasih dalam RedhaNya


Sufia memandang langit, hatinya begitu tenang. Terasa segala beban di hati hilang seketika. Sufia Adawiyah, gadis yang sentiasa mengukirkan senyuman. Dia juga seorang sahabat yang memahami. Baginya masalahnya harus terkunci rapi dan dikongsi bila perlu. Kerana itulah sahabat-sahabatnya sentiasa mentafsirkannya selalu bahagia. Namun, hanya Allah yang tahu setiap liku kehidupan yang harus dia tempuhi.
Gadis remaja sepertinya, pasti pernah mengenal erti jatuh hati, itulah fitrah yang diciptakan Allah buat hambaNya. Namun sebagai seorang muslimah, dia tidak pernah menterjemahkan rasa hatinya agar menjadi realiti. Dia lebih memilih untuk diam dan pada akhirnya kesakitan menjadi miliknya. Bagaimanapun, Sufia masih mampu mengukirkan senyuman. Dia tidak pernah menyalahkan takdir, mahupun sang Adam itu. Baginya jodoh itu ditentukan olehNya.
Sejak menjejakkan kaki ke universiti, Sufia pernah jatuh suka pada seorang Hamba Allah itu. Sifat matang lelaki itu berjaya menambat hati kecilnya. Namun Sufia sedar batas sebagai sebagai seorang muslimah. Dia hanya mampu berdoa, sentiasa bersujud memohon petunjuk.
Zairil Mikail, itulah nama pemuda yang berjaya membuka ruang di hatinya. Zairil ialah Yang DiPertua (YDP) salah satu persatuan yang turut disertai Sufia iaitu Persatuan Daie Muda. Zairil juga ialah seorang senior dalam jurusan yang diambilnya. Sufia tertarik dengan cara Zairil menyampaikan hujah-hujahnya, begitu matang sekali. Sufia dan Zairil pernah berhubung, tapi hanya apabila melibatkan soal persatuan. Zairil sentiasa menghormatinya. Dia begitu berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya. Zairil benar-benar menjaga ikhtilat antara mereka.
Semakin hari, Sufia semakin menguburkan perasaanya, dia takut jika dia terlalu mengikut perasaannya itu, dia membuka pintu untuk syaitan melalaikannya. Hati dan iman yang rapuh mudah gugur. Biarlah dia mengagumi Zairil hanya dalam diam. Dia tidak menceritakan hal ini pada sesiapa kerana takut timbulnya fitnah. Ya, fitnah yang akan merosakkan jalinan ukhuwah.
Tambahan pula, dia pernah melihat Zairil bersama seorang wanita yang cantik sepadan dengannya. Pada mulanya hatinya sakit, namun Sufia menemui penawarnya. Kerana hal itu, dia semakin bersemangat untuk bermujahadah, memburu cinta Ilahi kerana dia percaya cinta insani akan menyusul selepas itu.

Dia mendapat ibarah daripada peristiwa itu. Dia sedar, dia perlu gantungkan pengharapannya pada Yang Esa. Dan kerana perasaan fitrah itu juga dia semakin mendekati Ilahi. Allah berikan Sufia ujian untuk tarik dia kembali kepadaNya. Dia juga mengambil ikhtibar daripada kisah cinta agung Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah SAW:
"Saidatina Fatimah dan Saidina Ali merupakan teman akrab sejak kecil. Mana mungkin tidak timbul bibit cinta di antara mereka. Mereka telah mengenali hati budi masing-masing sejak kecil, mana mungkin hati tidak terpaut.
Akan tetapi Saidina Ali sedar dirinya miskin tidak berharta. Apakah Rasulullah SAW akan memandangnya jika beliau menyatakan hasrat ingin memperisterikan gadis solehah Rasulullah SAW? Perasaan cinta dan malu sering bertembung dalam dirinya.
Saban hari beliau melihat orang-orang kenamaan seperti Saidina Abu Bakar Assidiq RA dan Saidina Umar Alkhattab datang melamar sang puteri solehah. Namun, kedua-duanya ditolak dengan baik oleh Nabi Muhammad SAW. Saidina Ali menjadi semakin bingung. Menantu yang bagaimanakah yang diinginkan Rasulullah SAW?
Saudara-saudara Saidina Ali daripada kalangan Ansar menyarankan agar mengapa tidak beliau sahaja yang memberanikan diri menyunting kuntuman mawar indah dan harum itu. Kata Saidina Ali kepada yang berkata itu, "Aku hanyalah pemuda miskin yang tidak berharta. Apakah aku dipandang oleh Raslulullah SAW?" "Jangan risau saudaraku, kami di belakang kamu," kata mereka.
Berbekalkan semangat dan keberanian, beliau menuju ke rumah Nabi Muhammad SAW dengan harapan mawar mewangi itu dapat beliau miliki. Setelah menyatakan hasratnya, ternyata cinta beliau berbalas dan Saidina Ali tidak bertepuk sebelah tangan. Rasulullah SAW menerima lamaran Saidina Ali. Subhanallah."
Sudah masuk tahun ketiga. Ini bermakna ini Sufia punya dua semester lagi sebelum menamatkan pelajaran. Demi segulung Ijazah. Ya, dia perlu berjuang lebih, dia mahu pengorbanan ibu dan abahnya tidak sia-sia. Meski sibuk dengan kegiatan persatuan, Sufia tidak pernah mengabaikan pelajaran. Dia bijak membahagikan masa. Tentang rasa suka dia pada Zairil, tak mampu dia memadamkannya sepenuhnya. Namun, Sufia bijak menguruskan perasaannya.
Tetapi kejadiaan dua hari lepas benar-benar mengejutkannya. Dia didatangi sahabatnya dari persatuan yang sama, Qaireen.
"Sufia, boleh tanya sesuatu?" tanya Qaireen, salah seorang sahabat baiknya yang juga ahli Persatuan Daie Muda.
"Sejak bila pula kena minta kebenaran nak tanya ni?" kata Sufia sambil mengukirkan senyuman.
"Kita dah lama berkawan tapi awak tak pernah membahaskan soal hati. Saya lihat awak begitu matang dalam menghandle masalah kawan-kawan kita. Awak tak teringin ke punya teman?"
Sufia senyum.
"Saya mencari suami yang akan membimbing saya ke syurga, dan mungkin belum waktunya lagi saya bertemu dengannya," balas Sufia ringkas.
"Abang Syakir suruh saya bertanyakan hal ini kepada awak kerana ada seseorang yang berniat menjadikan awak suri dihatinya," tutur Qaireen.
Sufia terkesima.
Berita itu benar-benar memeranjatkan Sufia. Insan yang dimaksudkan Qaireen ialah Zairil. Rupa-rupanya tanpa dia sedari, Qaireen menyedari yang Sufia punya hati pada Zairil. Ya, memang dia punya perasaan terhadap Zairil. Namun, perasaan itu dia kuburkan demi menjaga hati supaya tidak menjadi rapuh.
Dia tidak pernah menyangka bahawa dia menjadi perhatian Zairil selama ini. Tambahan pula, Zairil yang begitu terkenal dengan sifat tegasnya sebagai YDP kelab, tidak pernah sama sekali membahaskan soal cinta dengannya.

Qaireen mengetahui tentang Zairil daripada abangnya, Syakir. Abangnya telah menceritakan segalanya pada Qaireen. Zairil pernah menceritakan pada Syakir bahawa sejak Sufia join persatuannya hatinya terus terpaut pada kelembutan dan kesopanan Sufia. Namun, dia tidak berani menerjah hati wanita itu.
Oleh kerana itu, Qaireen dan abangnya cuba melakukan sesuatu agar cinta suci antara Sufia dan Zairil bersatu tanpa mencemarkan jalinan ukhuwah antara mereka.
Sufia hanya mampu tersenyum, dia sendiri tidak mampu memutuskan sebarang jawapan. Dia tidak mahu membelakangkan orang tuanya, dia juga tidak mahu menyakitkan hati Zairil. Dia percaya Zairil tentu faham mengapa dia tidak mampu memberi sebarang kata putus sekarang.
Malam itu Sufia beristikharah memohon petunjuk daripada yang Maha Esa. Ya, inilah jalan yang paling tepat iaitu untuk mengadu padaNya. Allah mengetahui segala yang terbaik buatnya. Selama ini memang dia tak pernah jemu beristikharah memohon agar dikuatkan hati, diberikan jalan keluar pada setiap rentetan hidupnya. Sufia sentiasa berpegang bahawa istikharah itu bukan sekadar untuk soal jodoh tapi merangkumi segala aspek kehidupan.
Sejak perkhabaran itu sampai kepadanya, dia cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku kerana dia perlu profesional dalam melaksanakan tugasnya. Zairil juga berperlakuan seperti tiada apa yang berlaku. Sufia akan pulang ke rumahnya esok, dan dia tidak mahu Zairil ternanti-nanti jawapan daripadanya. Selain beristikharah, dia harus bermusyawarah dengan kedua orang tuanya.
Sufia menerima satu lagi kejutan apabila tiba di rumahnya. Kata kedua orang tua Sufia, petang kelmarin satu rombongan datang merisiknya. Sufia terkesima. Dia berbisik dihati, Ya Allah apakah yang KAU rencanakan untukku?
"Sufia, ini gambarnya.." kata ibunya sambil menghulurkan gambar kepada Sufia.
Sufia mengambil gambar daripada tangan ibunya dengan lambat. Alangkah terkejutnya dia, insan pada gambar itu ialah Zairil. Tika itu dia benar-benar merasakan Zairil ikhlas dengannya. Teringat kata-katanya ketika menyampaikan satu ucapan dalam salah satu majlis yang dianjurkan oleh persatuan. "Jika mahukan anaknya jumpalah walinya, usha walinya dahulu," katanya dalam nada berseloroh.
Zairil benar-benar mengotakan kata-katanya, hatinya ketika itu menyatakan Zairillah mujahid yang dia tunggu selama ini. Air matanya berguguran. Ya Allah, kau hadirkannya melalui pelbagai cara! Terima kasih ,Ya Allah.

02/02/2012 ialah tarikh yang menyatukan Sufia Adawiyah dan Zairil Mikail.
Tika detik diijab kabulkan, hanya tuhan yang tahu gelora di hati Sufia, apatah lagi Zairil. Satu lagi masjid terbina atas dasar kasih, dan akhirnya termeterai menjadi satu ikatan yang sah. Menangislah syaitan laknatullah! Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Sufia sah menjadi pelengkap rusuk kiri Zairil Mikail.
"Aku terima nikahnya Sufia Adawiyah Bt Adam dengan mas kahwinnya RM22.50," lancar saja lafaz akad meluncur dari bibir Zairil.
Zairil sedar, besar tanggungjawab menantinya nanti. Bukan sekadar akad semata-mata. Dia sedar dia perlu menanggung dosa isterinya, dia perlu berusaha menjadi imam terbaik buat isteri dan bakal zuriat mereka.
"Sayang, abang minta maaf kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengambil sayang menjadi yang halal buat abang.."
Zairil diam seketika.
"Abang tak perlu minta maaf, inilah yang dikatakan takdir Ilahi," tutur Sufia lembut.
"Abang sebenarnya sukakan sayang sejak sayang join persatuan kita tu. Namun, melihat sayang benar-benar menjaga batasan, abang takut, abang pendam, abang berjanji pada diri untuk sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi imam terbaik buat sayang.. Abang tak takut jika sayang menjadi milik yang lain ketika itu kerana abang percaya jodoh Allah dah tetapkan."
Sufia diam. Dia tidak mampu berbicara lagi. Kuasa Ilahi, meski mereka berdua tidak pernah membahaskan soal cinta secara terangan, namun mereka berbicara melalui doa, saling mendoakan.
Air mata bahagia Sufia berguguran. Zairil mendekati isterinya itu, menyapu air matanya. Dia bahagia kini.
Benarlah jika kita menjaga perhubungan kita, menjaga pergaulan kita, Allah akan menjaga dia buat kita.
Sekali lagi kisah cinta agung Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah menerjah ke benak fikirannya. Dia tersenyum, mungkin dia tidak sehebat Fatimah, namun dia akan cuba mejalankan tugasnya setulusnya buat suami tercinta, Zairil Mikail.
Terima kasih, Ya Allah. Terima kasih ibu, abah. Terima kasih Qaireen, sahabatku, dan Abang Syakir.

Muslimah Vs Putus Cinta


Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam. 
Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.
Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.
Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.
TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.
4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.
5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.
7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.
Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.
"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."
Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.
iluvislam.com

10 Golongan Masuk Syurga Tanpa Hisab


Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik
(hadis riwayat Jabir)

5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa
(hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.
(hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
(hadis sumber daripada A’isyah r.a)

8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat
(hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
(hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
(Ibn Mas’ud)

sumber: https://www.facebook.com/iluvislam



Ayat Kursi Menjelang Tidur

   Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

                        Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya. "Bohong dia," kata Nabi Muhammad s.a.w.: "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi." Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

                        Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w.  menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

                        Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. "Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

                        "Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi." Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

                        Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w.  bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?" "Entahlah." Jawab Abu Hurairah. "Itulah syaitan." jawab Nabi Muhammad s.a.w. 

7 Jenis Mata

7 jenis mata yang dicintai oleh Allah SWT.

1- Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada Jalan Allah SWT.

2- Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.

3- Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.

4- Mata yang memerhati kejadian Allah SWT.

5- Mata yang memandang Kitab Allah SWT-Al-Quran Al-Karim ( Membaca, mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan ).

6- Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.

7- Mata yang berjaga malam di jalan Allah. (Qiam)



by: pencintaislam.com

Fadhilat Surah Al Fatihah

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ubai Ibn Ka'ab (ra) Sesungguhnya Rasulullah (SAW) bersabda: "Demi nyawaku yang di dalam kekuasaan-Nya, tidak ada satu surah Taurat, dalam Injil, dalam Zabur dan dalam Al-Furqan seumpamanya (Al-Fatihah). Sesungguhnya ia tujuh ayat yang diulang-ulangkan dari Al-Quran al-'Azim yang diberikan kepada aku." 


Sabda Rasulullah s.a.w: “Surah yang paling afdhal dalam Al-Quran ialah Surah Al-Fatihah: Sabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa membaca Surah Al-Fatihah, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti pahala orang yang membaca tujuh kali kitab Taurat, Injil, Quran, Suhuf Nabi Idris dan Nabi Ibrahim. Tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurniakan kepadanya satu darjat di dalam syurga. Luas setiap darjat tersebut adalah jarak antara langit dan bumi”  


FADHILAT: AYAT PERTAMA
Apabila dibaca sebanyak 21 kali sebelum tidur, aman dari gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan mati secara mengejut. Apabila  dibaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, Allah s.w.t akan hinakan orang tersebut dan diselamatkan dari kejahatannya. apabila dibaca sebanyak 100 kali di atas tempat yang sakit selama 3 hari. InsyaAllah hilang kesakitan tersebut. Apabila dibaca sebanyak 786 kali pada sebekas air yang suci, lalu diminum ketika terbit matahari selama seminggu (7 hari). InsyaAllah ia akan dikurniakan kecerdikan yang luar biasa dan dapat menghafal sesuatu ilmu dengan mudah. Apabila ditulis sebanyak 61 kali di atas sekeping kertas lalu dipakai oleh wanita yang selalu mengalami [ ... ]


FADHILAT: AYAT KEDUA
Jika ditulis pada sekeping kertas;  lalu direndam ke dalam minyak yang baru (yang belum digunakan). Kemudian disapukan pada gigi yang sakit. InsyaAllah afiat.   Ayat   jika ditulis pada mangkuk atau pinggan putih lalu dihapuskan dengan minyak wangi. Minyak wangi tersebut disapu pada muka sebagai pengasih dan seri muka.

FADHILAT: AYAT KETIGA
Apabila ditulis dua kalimah ini sebanyak 5o kali pada sekeping kertas, kemudian membaca ke atas kertas tersebut sebanyak 150 kali. Bawalah ia ke mana-mana saja, khususnya ketika hendak menghadap orang yang zalim. InsyaAllah aman dari kejahatan mereka. Bacalah sebanyak 40 kali di telinga orang yang kerasukan iblis dan jin. InsyaAllah pulih. 


          Kalimah  jika dibaca sebanyak 1000 kali sehari, selama tiga hari berturut-turut ke atas orang yang sakit berpunca dari angin seperti angin ahmar. InsyaAllah afiat. Jika ditulis sebanyak 19 kali pada sekeping kertas, lalu dijadikan azimat oleh wanita yang mandul atau diletakkan pada pokok yang tidak berbuah. InsyaAllah dengan berkat nama Allah [ ... ]

FADHILAT: AYAT KEEMPAT
Tulislah ayat ini pada sekeping perak atau emas, kemudian pahatkanlah pada empat penjuru tiang rumah yang baru didirikan atau pada haluan kapal dan perahu. InsyaAllah terpelihara dari bala, wabak, kebakaran, karam serta dilimpahkan rezeki yang tidak terhingga.

FADHILAT: AYAT KELIMA
Tulislah ayat  pada sekeping kertas, lalu dimasukkan ke dalam buluh atau botol. Kemudian ditutup supaya tidak dimasuki air. Setelah itu tanamlah di tengah-tengah bendang atau kebun. InsyaAllah subur dan terpelihara. Bacalah ayat  sebanyak tiga kali senafas ketika bertemu binatang liar atau orang yang jahat. InsyaAllah lemah hatinya dan terpelihara dari kejahatan tersebut.

FADHILAT: AYAT KEENAM
Jika ada orang yang hendak berbuat zalim, bacakan ayat ini sebanyak 3 kali senafas dengan tekad yakin lalu dihembuskan ke mukanya. InsyaAllah berubah. Jika lupa apa yang telah dihafal, bacalah ayat ini sebanyak mungkin sambil berselawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. InsyaAllah, Allah akan mengembalikan ingatannya itu.

FADHILAT: AYAT KETUJUH
Apabila sesat, bacalah ayat  sebanyak 3 kali dalam satu nafas, kemudian tutup mata pada kadar satu saat. InsyaAllah ditunjuki jalan yang betul. Apabila kehabisan air atau makanan ambillah daun kayu yang boleh dimamah dan bacalah  sebanyak 7 kali, kemudian daun itu dikunyah sehingga lumat, diperah airnya dan disapukan pada leher. InsyaAllah terpelihara dari lapar dan dahaga. Apabila dikepung oleh musuh, ambillah segenggam tanah dan bacalah  kemudian hembur tanah itu di hadapan musuh-musuh tersebut. InsyaAllah selamat. Jika ada orang yang sangat marah, bacakanlah  sebanyak 7 kali kemudian hembuskan ke hadapannya. InsyaAllah hilanglah kemarahannya dan jadi jinak. 


P/S: Apa pun, bacalah surah ini keseluruhan kerana ia adalah Ibu segalanya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...