Kenapa Merungut

Post untuk akhir bulan Mei ni cerita bab merungut..
Banyak yang kita selalu merungut,, tak kira lah sepanjang bulan mei ni ja..
Setiap bulan setiap masa setiap saat..
Memang tidak dinafikan, kita selalu merungut..
Tapi,,

Kenapa perlu banyak merungut ?!
ASTAGHFIRuLLAH.

Nikmat yang Allah kurniakan terlalu banyak...
Banyakkan & belajar erti syukur dan mensyukuri nikmatNya...

Ucapkanlah ALHAMDuLILLah^^

Allah berfirman: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Surah An-Nahl: Ayat 18).

Setitis air juga adalah nikmat daripada Allah S.W.T


Jadi, jangan mengeluh atau merungut..Setiap kejadian ada hikmahnya.
Kita perlu pandang kehadapan...

"Yang"

YANG..YANG...YANG

- Yang Singkat Itu "WAKTU".
- Yang Menipu Itu "DUNIA".
- Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
- Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
- Yang Berat Itu "AMANAH"
- Yang Sulit Itu "IKHLAS".
- Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
- Yang Susah Itu "SABAR".
- Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".
- Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH".
- Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".
- Yang Berharga Itu "IMAN".
- Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".
- Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT".

# kembali ke jalan RedhaMU ya Rabbi. T.T

Tentang Cinta

Tak payah bersentuhan tangan,
kerana mereka sudah bersentuhan hati,,,
Tak payah berbalas kerlingan mata,
kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa,,,,

Sesuatu yang belum halal di sentuh dengan tangan, sentuhlah hatinya dengan doa,,,

Tidak ada rugi jika menyentuh hatinya dengan doa,,,

Kisah Abu Yazid Al Bustami dan Paderi Gereja Samaan


Abu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."
Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.
Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.
Ketua paderi berkata, "Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu."
Jawab Abu Yazid, "Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan."
Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
Kata Abu Yazid, "Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?"
Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi,"
Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. "Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit."
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka
meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.
Katanya, "Bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semuatidak sependapat."

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.
Kemudian ketua Paderi menjawab "Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah "LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH." Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, "Memang benar kata ketua kamu ini." Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
"Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu."
"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi.
"Dari ketua sebelum saya." Jelas ketua paderi.
"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar." Sambung ketua paderi itu.
"Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!" Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!
Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami
1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.
2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.
3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta'ala.
4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.
6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.
7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.
8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.
9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.
10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.
11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof AS.
12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.
13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.
14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.
15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.
16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya) : Katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin.
18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit.
19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.
20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.
21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahKu ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat."
22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus AS di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.
23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya) : Demi subuh apabila ia terlepas.
24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman AS di dalam botol iaitu air peluh kuda.
25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril AS sebagai korban ganti Nabi Ismail AS, unta Nabi Salleh AS yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa AS.
26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai.
27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.
28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Helah kaum wanita, seperti firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.
29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa AS.
30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.
31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina.
32. Binatang yang paling utama.
Kuda.
33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.
34. Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.
35. Tentang Atta'mah.
Hari Kiamat.
36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.
37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.
38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.
39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.
40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.
41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam AS.
42. Maksud keldai Makwak.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.
43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud : Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.
44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud : Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.
45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud : Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.
46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud : Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.
47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud : Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhlukNya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.
48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya : Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?
49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti firman Allah Taala (ertinya): Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.
50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.

Fadhilat Bulan Rejab

Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. copy paste :)

Heart Touching

Pencil: I'm sorry.
Eraser: For what? You didn't do... anything wrong.
Pencil: I'm sorry, you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself and get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true, but I don't really mind. You see, I was made to do this, I was made to help you whenever you do something wrong, even though one day I know I'll be gone. I'm actually happy with my job. So please, stop worrying I hate seeing you sad.

"Our Parents are like the eraser, whereas we children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way they get hurt and become smaller (older and eventually pass on) Take care of your Parents, treat them with kindness and most especially love them."

Thanks mom n dad for being so kind and patience with us..:')

Siapa Kamu?

Wahai Nuh siapa kamu? 
Aku najiyallah (yang di lepaskan oleh Allah),

Wahai Musa siapa kamu? 
Aku kalamullah. 

Wahai Isa siapa kamu? 
Aku ruhullah(Yang dimasukkan ruh oleh Allah ke dalam perut Siti Mariam tanpa bapa) 

Wahai Ibrahim siapa kamu? 
Aku Khalilullah (Teman bagi Allah)

dan...bila di tanya kepada baginda Rasulullah s.a.w.

Wahai Muhammad siapa kamu ?
maka jawab baginda s.a.w. ANA YATIM (aku anak yatim tiada ibu dan ayah).

Apakah kita masih merasa mulia dan bangga diri??

-Perkongsian Ust Don Daniyal...

Saat Melepaskan Dia Demi Kebahagiannya

Allah mengetahui yang terbaik, akan memberi kesulitan untuk menguji kita,kadang ia pun melukai hati kita, supaya hikmat-Nya tertanam dalam, Jika kita kehilangan cinta maka pasti ada alasan dibaliknya,alasan yang kadang sulit untuk difahami namun kita harus tetap percaya bahawa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberikan yang lebih baik.

Ingatlah... bahawa kita mungkin menemukan cinta dan kehilangannya, tetapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu ikut mati bersamanya.Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?Ketika kita menangis?Ketika kita membayangkan?

Ini kerana hal terindah di dunia tidak terlihat..kadangkala, orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakiti hati kita. Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan,ada orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan.

Tetapi ingatlah,melepaskan bukanlah akhir dari dunia,melainkan awal dari suatu kehidupan baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis,mereka yang tersakiti, yang telah mencuba dan mencari,kerana merekalah yang boleh menghargai bertanpa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Pepatah mengatakan,

Cinta yang agung adalah ketika kita menitikkan air mata dan masih peduli terhadapnya, ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita masih menunggunya dengan setia, ketika dia mencintai orang lain dan kita masih boleh tersenyum sembari berkata “aku turut bahagia untukmu”…

Sakit patah hati bertahan selama kau menginginkannya dan akan mengiris luka sedalam kau membiarkannya.

Tantangannya bukanlah bagaimana boleh mengatasi melainkan apa yang boleh diambil sebagai pelajaran dan hikmahnya.

Orang terkuat bukanlah mereka yang selalu menang,melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh.

Cinta bukannya perkara menjadi “orang sempurna”nya seseorang.Justeru perkara menemukan seseorang yang boleh membantu menjadikan dirimu menjadi sempurnanya.

Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupan,kita belajar tentang diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada, hanyalah penghargaan-penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat.

Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang,bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita

"Melepaskannya."

Makna Cinta

Cinta itu bermula dari hati
Andai hati itu ikhlas
Cinta yang terzahir akan terbina dengan penuh kasih sayang dan ketulusan
Untuk membina cinta itu, hati perlulah disemai dan dibaja dengan benih mahmudah yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat

Cinta ada banyak maksud
Cinta Allah,,
Cinta Nabi,,
Cinta Ibu,,
Cinta Ayah,,
Jadi jangan rosakkan maksud cinta itu,,, :)

Aku Terima Cintamu









Ya Allah,,,
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,tercipta buatku,,,
Satukanlah hatinya dengan hatiku


......................................................................................................................................................

Aku terima cintamu dengan lafaz akadmu
Mengahwini diriku

Dengan itu aku terima tanggungjawab
Sebagai isterimu

Ameen,,,

Aku terima cintamu,,,cinta ikhlas dan suci

Diamkan lelaki yang kau suka

Usah diharap cinta pada insan yang kau sendiri tak pasti,,,
Diamkan lelaki yang kau suka,,,
Berdoa pada Illahi, Insya Allah kau pasti dicari,,,
Jagalah hubungan dengan Allah dan Allah pasti menjagamu...
...................................................................................................

Jangan takut untuk berdoa,,,
Banyakkan berbicara dengan Allah,,,
Sekiranya berbicara sesama manusia,,,
Akan dikutuk dibelakang hari,,,
Tetapi sekiranya kepada Maha Pencipta,,,
Nescaya kita telah berada dalam lorong yang benar...

Jodohku

"kalau suka, tidak semestinya bercinta,
kalau bercinta tak semestinya ada jodoh,
kalau ada jodoh, takkan ke mana jua."








..........................................................................................................
Berdoalah bagi mendapat jodoh yang baik,
Istikarahlah bagi mendapat pilihan yang sebenar,
Tawakallah sekiranya ia adalah ditentukan untuk kita
mencintailah dia, kerana dia telah halal buat kita

Sahabat

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun 
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya. 

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.







~sahabat yang baik ialah sahabat yang mebawa sahabatnya kearah kebaikan dan kebenaran..~ 

Keistimewaan Wanita Menurut Islam

Kamu nikahi wanita krn empat perkara , krn hartanya , keturunannya , kecantikannya dan krn agamanya ? Utamakanlah wanita yg kuat berpegang kpd agama ( islam ) , beruntunglah hidup kamu .

'' siapa yg mengahwini wanita krn mengutamakan hartanya , Allah tdk akan menambah kekayaan nya , sbaliknya akan menjadikan papa kedana .

Siapa yg mengahwini wanita krn mengutamakan keturunan nya ( kebangsawanannya ) , Allah tdk akan menambah kemuliaan , sbaliknya dgn kehinaan .

Jgn kamu kahwini wanita kerana kecantikan rupanya , Allah boleh jadikan kecantikannya mengakibatkan kesusahan kpd mereka sendiri .

Siapa yg mengahwini wanita kerana mengutamakan pegangan agamanya ( islam ) , Allah akan kurniakan kepada nya rezeki yg lumayan .

# dari buku ''keistimewaan wanita menurut islam'' .

Ya Allah kurniakan kepadaku isteri yang so1ehah.. Ak tidak 1ayak untuk mendapat wanita so1ehah tp aku akan berusaha utk menjadi hambaMU yang taat kepadaMU ya Allah.. insyaAllah.. kurniakan kepada kami wanita yang solehah.. :)

Minggu Peperiksaan

Setiap apa yang kita lakukan, pasti akan ada ujian yang akan mendatang. Ia bukan suatu musibah, tetapi sekadar untuk menguji kita. Seperti kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini, setiap orang pasti akan diberi ujian daripada Maha Pencipta. yang membezakan hanyalah situasi dan cara ujian itu diberikan. Sama juga sebagai pelajar, kita akan diuji dengan peperiksaan. Pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat percapaian yang terbaik walaupun semasa dalam kelas dia tidak pernah fokus mahupun main. keinginan itu pasti ada. Apa yang ingin disampaikan disini, final exam sudah semakin hampir. Lagi 2 minggu lagi untuk mengeluarkan semua isi-isi yang ada di dada.



p/s : Gud luck pada semua. Semoga berada dalam keadaan sihat sepanjang peperiksaan. Amin.. 

Tafsiran Cinta

awal bercinta...
gf : sayang..kalau family i nak jumpa u macam mana?
bf : i boleh je jumpa family u..tapi awal lagi hubungan kita ni..

1tahun kemudian

gf : sayang..parents i nak jumpa u...
bf : urm..i tak boleh janji la..bukan sekarang masanya..i tak
sedia lagi..tapi i janji i akan jumpa family u ya..

2tahun kemudian..

gf : sayang..u janji nak jumpa family i..bila u free???
bf : sory dear i am realy busy..tak tahu bila dapat jumpa parent u

3tahun kemudian

gf : sayang..parents i...
bf : i tak sedia lagi nak jumpa family u...
gf : sory..i cuma nak bagitau u..parents i da cari jodoh untuk i and i setuju..i datang nie cuma nak hantar kad undangan perkahwinan kami..lagipun u tak pernah cuba ambil hati family i apatah lagi untuk jumpa parents i...nampak u tak serius dalam perhubungan kita..sorry..good bye..

bf : ...........

p/s : jika betul2 menyayangi dan mencintainya, berbincanglah dan mintalah izin orang tuanya untuk menjadikan dia halal buat diri kita.



.......................................................................................................................................................



[C.O.U.P.L.E ]

KALAU KAMU BERCOUPLE, 20 tahun sekalipun, kamu tak akan 
kenal dia... Yang kamu kenal adalah LAKONANnya...

Sebab tu buang masa saja, baik NIKAH terus.....! ^_^

......................................................................................................................................................



Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu.

( Malaikat akan tulis nama kita,rezeki,kerja,kahwin dengan siapa,cerai atau tidak,anak berapa dan semuanya tentang diri sendiri)

- Ustaz Azhar Idrus -

Sebahagian Dari Hakikat Cinta


Seringkali kita menyebut cinta,namun kita tidakkan mampu menafsirnya dengan hanya satu maksud. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.
Alangkah rugi dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu amat indah jika kita memahami. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.
Kemudian, datang pula cinta ayah ibu. Cinta yang berkemungkinan menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada  anak-anak tergamak menghantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.
Dan paling popular, cinta sesama manusia. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sekali lagi tertipunya kita dengan "hakikat" ini. Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh cinta. Mahu tidak mahu, kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.
Namun, bila pintu hati diketuk, kita kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Kerana hati itu bukan milik seseorang.   Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya penuh cinta dan kasih sayang.

Kita sayang dan cinta kepada ibu ayah. Lain cara kita menyayangi ibu, dan lain pula cara kita menyayangi ayah. Kita cinta kepada kakak, dan kita sayang kepada abang adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita mencintai B. Bagi seorang insan bernama lelaki, lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.
Menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib atau buruk, kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai McDonalds dan KFC, epal dan oren dalam satu masa. Bukan bermakna bila kita memilih, kita sudah melupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan bervariasi. Rugilah jika kita hanya boleh memilih "satu" sahaja.
Cuma, wanita lebih gerun jika perlu "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah di matanya. Indah itu subjektif.
Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang malang. Seorang lelaki perlu melindungi seseorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara emosi. Itu adalah tautan yang paling kuat.

Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.
Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar.
Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat~atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...