Terlalu cepat masa berlalu, kehilanganmu masih terasa
dihati. Aku masih tidak dapat mencari seseorang sebagai penggantimu. Walaupun ada,
tidak sama sepertimu. Aku kehilangan seorang pendengar yang baik dan seseorang
yang memberi nasihat tanpa sedikit pun hati ini terguris dengan teguranmu.
Kehilanganmu
membuatkan aku kehilangan seseorang yang selalu mempercayaiku. Tidak ada siapa
yang mendengar apa yang aku simpan, semuanya diserahkan seratus peratus
kesalahan keatas diriku. Kenapa kau pergi terlalu awal, sekurang-kurangnya ada
seseorang yang dapat menjadi pendengar dan mempercayaiku.
Kau juga mampu
menyelesaikan masalah dengan adil tanpa sesiapapun terguris
dengan keputusanmu. Aku pendam selama ni
dan cuba menutup kesedihan ini. Walaupun telah sekian lama, tiada siapa yang
layak mengantikan dirimu dan aku masih belum menjumpai seseorang sepertimu. Kau pergi
dulu kerana Allah terlalu menyanyangimu. Aku hanya mampu mendoakanmu.