Kamu

Terlalu cepat masa berlalu, kehilanganmu masih terasa dihati. Aku masih tidak dapat mencari seseorang sebagai penggantimu. Walaupun ada, tidak sama sepertimu. Aku kehilangan seorang pendengar yang baik dan seseorang yang memberi nasihat tanpa sedikit pun hati ini terguris dengan teguranmu.

Kehilanganmu membuatkan aku kehilangan seseorang yang selalu mempercayaiku. Tidak ada siapa yang mendengar apa yang aku simpan, semuanya diserahkan seratus peratus kesalahan keatas diriku. Kenapa kau pergi terlalu awal, sekurang-kurangnya ada seseorang yang dapat menjadi pendengar dan mempercayaiku.

Kau juga mampu menyelesaikan masalah dengan adil tanpa sesiapapun terguris dengan keputusanmu. Aku pendam selama ni dan cuba menutup kesedihan ini. Walaupun telah sekian lama, tiada siapa yang layak mengantikan dirimu dan aku masih belum menjumpai seseorang sepertimu. Kau pergi dulu kerana Allah terlalu menyanyangimu. Aku hanya mampu mendoakanmu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...