Pengalaman Terindah

Pengalaman yang terindah bagiku apabila disahkan hamil. Dalam tempoh janin aku 3 bulan, aku dapat melihat anak aku dimonitor scan terlalu kecil. Ketika itu, aku menangis melihat janin didalam Rahim aku. Comel bagi aku. Doktor hanya tersenyum dan apa yang aku cakap pada doktor ketika itu “ini anak pertama saya” doktor menunjukkan aku pada denyutan jantung dia. Allahuakbar, saat itu memang betul-betul aku menangis. Comel saja bunyi degupan tu. Bila kandungan sudah melangkah hampir 5 bulan, aku diminta untuk scan lagi. Mungkin disebabkan aku kerap jatuh dan cepat pitam.


Pagi itu, aku pergi ke klinik kesihatan dan semasa melangkah masuk ke pintu utama mata aku kabur. Apabila sedar aku sudah ada diatas katil. Rupanya, aku tertidur di pintu utama. “Puan datang sorang ka? Puan rehat dulu, nanti kita scan ya. Nasib tak da pendarahan.” Malunya aku tidur diluar.

Bila perut aku discan, aku dapat melihat bentuk anak aku yang sempurna. Aku tertarik dengan kaki dia yang kecil, comel bergerak. Degupan jantung yang membuatkan aku terhiba. Bersyukur anak aku sihat. Allah beri aku kesempatan untuk menerima pengalaman yang terlalu indah dalam hidup aku. Sekarang, aku perlu bekerja dengan lebih keras untuk memberi pembelajaran yang sempurna untuk dia. Ibu sayang anak ibu dan anak ibu pendorong untuk ibu berjaya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...