Mohon Kepada-Nya

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan. Pada kebiasaannya dilakukan secara bersendirian, kadang-kala dilakukan secara berjemaah sekiranya berhadapan kesulitan umum seperti kemarau.


Sekarang masa yang sesuai bagi pelajar yang sedang berjuang untuk menduduki peperiksaan akhir. Bukan sahaja untuk memohon hajat, tetapi untuk mendapat ketenangan jua.


Lafaz niat :
Usolli Sunnatal Hajaati Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar

Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


1. Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun
2. Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al -Ikhlas 11 kali

3. Pada rakaat yang terakhir sebelum memberi salam, iaitu setelah Tahyat akhir , sujud kembali  dengan bertakbir. Dan membaca (a) dan (b):

a) Tasbih ini Baca 10 kali

"Tiada Tuhan selain Allah Maha Esa Dia tiada sekutu baginya. Kepunyaan nyalah segala kerajaan / kekuasaan dan bagi nyalah segala pujian. Dan dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa"

b) Kemudian baca:

" Wahai Ya Allah bahawasanya aku memohon akan engkau dengan keteguhan ikatan daripada Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum engkau, dan dengan nama engkau yang terapung dan wajah engkau yang maha tinggi dan kalimat-kalimat engkau yang maha sempurna, bahawa engkau penuhilah hajatku "

Setelah membaca doa tersebut mintakan apa-apa hajat dengan bersungguh-sungguh,dengan penuh pengharapan. Permohonan pada Allah cukup di sebut dalam hati. Kemudian bangkit dari Sujud sambil bertakbir dan terus memberi salam.



Amin..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...